Pages

Tampilkan postingan dengan label Family. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Family. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Juni 2013

Kisah Cinta Nabi Muhammad SAW

Memandang Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang lain, pasti keinginan dan perilaku Nabi Muhammad SAW seperti manusia kebiasaan. Tetapi, Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang sudah pasti segala perilaku kemanusiaannya dikawal oleh Allah SWT.
Dalam berkeluarga, Nabi Muhammad SAW sangat romantis dengan isteri-isterinya, sehingga diceritakan dalam satu hadits yang diriwayatkan oleh ’Umarah yang bertanya kepada ’Aisyah;
كيف كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا خلا مع نسائه ؟ قالت : « كان أكرم الناس وألين الناس وأحسنهم خلقا ، وكان رجلا من رجالكم وكان بساما ضحاكا »
Maksudnya :
“Bagaimana keadaan Nabi SAW ketika menyendiri bersama isteri-isterinya?" Berkata Aisyah, "Baginda SAW adalah semulia-mulia manusia dan selembut-lembut manusia dan sebaik-baik akhlak dari kalangan manusia. Baginda SAW seperti lelaki lain, bahkan beliau terlalu banyak tersenyum dan ketawa (bersama isteri-isterinya).”
Dari hadits ini, kita akan mendapat satu gambaran betapa Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang sangat disayangi oleh isteri-isteri beliau. Gambaran dari rasa sayang isteri baginda Nabi Muhammad SAW adalah dilihat kepada pujian yang diberikan oleh Aisyah terhadap Nabi Muhammad SAW.
Sebagai manusia yang pengertian, pasti isteri lebih mengetahui keadaan suami mereka. Segala kelemahan dan kelebihan yang wujud pada suami, pasti berada di bawah pengetahuan isteri.
Jika diperhatikan pada hadits ini, juga dari hadits-hadits yang lain, kita akan mengetahui bahwa tidak ada satu hadits pun yang pernah dikeluarkan oleh isteri nabi tentang keburukan nabi SAW, menunjukkan bahwa kebaikan yang wujud dalam diri nabi adalah sesuatu yang diakui.
Pujian dari hadits ini adalah, baginda SAW adalah manusia yang terbaik dari semua sudut kehidupan; sama ada dari sudut kemuliaan, kelembutan, dan akhlaknya terhadap para isterinya.
Kehebatan yang wujud ini digambarkan oleh Aisyah dengan jelas bahwa Baginda SAW semasa berdua-duaan dengan mana-mana isterinya, sering kali didapati mereka berdua tertawa bersama-sama dan senyum bersama-sama.
Senyum dan tertawa bersama isteri secara berdua-duaan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya, ia merupakan cara untuk melunakkan hati dan perasaan seseorang isteri agar rasa hidup mereka senantiasa ceria.
Di samping itu juga, dengan tertawa dan senyum berdua-duaan, akan mewujudkan satu suasana yang romantik, harmoni, ketenangan, dan seterusnya mampu membangkitkan ghairah syahwat yang sudah pasti akan tercapai kehidupan yang puas dalam kehidupan berumah tangga.
Justru itu, inilah rahasia kebahagian rumah tangga yang diajarkan oleh nabi SAW kepada umatnya yang wajar dijadikan sebagai contoh tauladan demi mengarungi kehidupan berkeluarga yang bahagia.

Kemanisan Berumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.


Berbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!!